Thursday, April 26, 2012

Cerita semut 2~~~

Jom belajar TAWAKAL daripada SEMUT (beduk 2) =)

Komunikasi antara seekor semut dgn Nabi Sulaiman a.s. :
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum. Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman a.s. bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s.) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?

SubhanAllah, hebat semut ni..yakin dengan jaminan Allah bukan jaminan manusia..
Allah telah tetapkan rezeki masing-masing setelah sekian lamanya..jadi, hati jangan cepat melatah kalau sesuatu yang kita inginkan menjadi milik kita tapi tidak menjadi milik kita..YAKIN DENGAN JANJI ALLAH :)
mabruk 'alaik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...